TERMA DAN SYARAT-SYARAT Malay Surveys
Penerimaan Bagi Menggunakan Malay Surveys. Terma dan Syarat-syarat
Kebebasan anda bagi menggunakan laman malaysurveys.com (“laman web ini”.”laman web”) ditentukan oleh tim malaysurveys.com (“kami”,”kita”) di malaysurveys.com dan ekslusif kepada terma dan syarat-syarat. Anda tidak dibenarkan menggunakan laman web ini bagi tujuan yang melanggar undang-undang mengikut terma dan syarat-syarat ini. Dengan menggunakan laman web ini, anda sepenuhnya telah bersetuju dengan terma, syarat-syarat dan penafian yang terdapat pada kandungan ini. Jika anda tidak bersetuju dengan terma dan syarat-syarat ini, anda tidak dibenarkan menggunakan laman web ini.
TERMA INI
- Terma dan syarat-syarat ini (“Terma ini”) memberikan kebebasan bagi anda menggunakan laman ini mengikut terma dan syarat-syarat. Menggunakan laman ini termasuk (sebagai contoh) melayari, mendaftar dan menggunakan / atau melanggan kepada mana-mana maklumat atau perkhidmatan yang disediakan oleh laman web ini.
- Sila baca terma ini dan juga Polisi Privasi dan Polisi Cookies sebelum anda menggunakan laman web ini.
- Dengan melayari laman ini, anda telah bersetuju untuk menerima terma dan juga Polisi Privasi dan Polisi Cookies, yang tidak termasuk terma dan syarat-syarat yang lain dan anda bersetuju untuk mematuhinya.
- Jika anda tidak bersetuju dengan Terma dan Polisi Privasi serta Polisi Cookies, anda tidak dibenarkan menggunakan laman web ini.
- Jika anda berumur di bawah 18 tahun, anda tidak dibenarkan menggunakan
- laman web ini pada bila-bila masa atau mencuba untuk berbuat demikian.
MENGGUNAKAN LAMAN WEB INI
- Laman ini membolehkan pengguna mencari dan menyertai dalam kaji selidik dan / atau tawaran (“Tawaran”) yang diminati. Tawaran ini tidak dilaksanakan oleh malaysurveys.com, tetapi hanya pihak ke-3 dari syarikat atau organisasi tertentu.
- malaysurveys.com merupakan laman web yang menguruskan Tawaran ini. Kami tidak mewakili atau menjamin kesesuaian dan kualiti dari mana-mana tawaran yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu atau organisasi di laman ini.
- Sebelum menyertai mana-mana tawaran, pengguna dinasihatkan untuk memeriksa dan memastikan kesesuaian bagi Tawaran yang sesuai untuk pengguna itu sendiri.
- Kami tidak membuat sebarang perjanjian, pengurusan atau tawaran dengan pihak ketiga yang menjalankan kaji selidik dan tawaran kepada anda dan kami tidak bertangungjawab ke atas tindakan, kegagalan, produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat yang mengambil bahagian.
- Kami tidak mewakili, memberi jaminan atau menjamin bahawa kami akan memberi bilangan minimum kepada Tawaran atau mana-mana perkhidmatan yang diberikan oleh laman web ini.
- Pada bila-bila masa atau atas apa-apa sebab, kami boleh menghentikan Tawaran kepada pengguna dan menghentikan penggunaan pengguna terhadap laman web ini dan tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa perkara atas tindakan ini.
- Anda menjamin bahawa segala maklumat yang anda berikan adalah benar, tepat dan mencukupi serta tidak mengelirukan.
MAKLUMAT KAD KREDIT
malaysurveys.com tidak meminta maklumat kad kredit atau kad debit anda dan kami menasihati pelanggan kami agar tidak memberikan sebarang maklumat kad kredit atau debit di malaysurveys.com atau mengisi maklumat ini pada mana-mana bahagian malaysurveys.com
PENAFIAN PENDAPATAN
SurveySpy tidak memberi apa-apa pampasan kepada perkara-perkara yang berlaku apabila pengguna mengisi borang kaji selidik yang disediakan. Hubungan anda dengan pihak ketiga atau syarikat yang menjalankan kaji selidik adalah termasuk atau tidak terhad kepada kajian pasaran syarikat yang dilakukan di antara anda dan syarikat pihak ketiga atau organisasi.
malaysurveys.com tidak mengambil apa-apa bahagian dalam sebarang pertikaian, perjanjian atau pengurusan yang mungkin berlaku di antara anda dan pihak ketiga.
NASIHAT UNDANG-UNDANG
Kandungan di malaysurveys.com tidak boleh dianggap sebagai nasihat dan tidak boleh digunakan dalam sebarang tuntutan.
Segala tawaran dibuat dimalaysurveys.com disediakan tanpa jaminan.
Penggunaan anda di laman malaysurveys.com adalah di atas kemahuan anda sendiri.
HAK CIPTA
a) Segala hak cipta, tanda dagangan dan harta intelek di laman web ini dan kandungannya (termauk tetapi tidak terhad kepada rekabentuk laman web, teks, grafik dan semua perisian dan sumber kod yang dihubungkan dengan laman web) adalah dimiliki dan dilesenkan kepada malaysurveys.com atau jika digunakan sebaliknya oleh malaysurveys.com seperti yang dibenarkan undang-undang.
b) Apabila anda menggunakan laman malaysurveys.com, anda bersetuju anda akan menggunakannya untuk kegunaan perseorangan dan bukan untuk kegunaan komersil. Kandungan di dalam laman web ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dibuat semula, diedarkan, disimpan, dijual atau diagihkan sebelum mendapatkan kelulusan bertulis daripada pemegang hak milik. Ini tidak termasuk muat turun, menyalin dan mencetak laman bagi website tersebut bagi tujuan persendirian, kegunaan yang bukan komersial dan kegunaan di rumah saja.
PAUTAN KEPADA ATAU DARI LAMAN WEB YANG LAIN
1) Melalui laman web ini, anda mungkin menemui pautan kepada laman web pihak ketiga yang dikawal oleh pihak yang lain. Penyediaan pautan ke laman web tersebut tidak bermaksud kami menggalakkan laman web tersebut dan kami tidak bertanggungjawab ke atas kandungan atau kewujudan laman web tersebut. Jika anda melawati laman web yang lain melalui pautan di laman web malaysurveys.com, kami tidak bertanggunjawab atas sebarang kejadian yang berlaku.
2) Mana-mana pengguna yang ingin menghubungkan link dengan laman malaysurveys.com dibenarkan berbuat demikian dengan beberapa syarat berikut.
(a) anda tidak cuba memaparkan bahawa kami mengesyorkan perkhidmatan atau produk kecuali mempunyai perjanjian bertulis dari kami
(b) anda tidak memberi gambaran yang salah bagi hubungan anda dengan laman web tersebut; dan
(c) laman web yang cuba anda hubungkaitkan dengan laman web malaysurveys.com tidak mengandungi provokasi atau kontroversi atau; kandungan yang melanggar hak individu mana-mana pihak ketiga.
3) Dengan menghubungkan laman web ini dengan perkara yang melanggar syarat-syarat kami, anda akan melindungi kami dari sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh malaysurveys.com, akibat daripada menghubungkan dengan laman web ini.
PENAFIAN DAN LIMITASI LIABILITI
1) Laman web ini disediakan SEPERTI ADANYA dan SEPERTI TERDAPAT tanpa mendapat sebarang syor mana-mana pihak dan jaminan samaada yang nyata atau tersirat, termasuk tetapi tidak terhad kepada jaminan kepuasan kualiti, kesesuaian untuk tujuan tertentu, tidak berlanggar, keserasian, keselamatan dan ketepatan.
2) Seperti kebenaran yang diberikan oleh undang-undang, malaysurveys.com tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang kerosakan dan kehilangan (termasuk tidak terhad kepada kehilangan perniagaan, peluang, maklumat, keuntungan) yang terjadi atau berkaitan dengan penggunaan laman web ini.
3) malaysurveys.com tidak memberi jaminan bahawa laman web ini tidak akan terganggu atau bebas ralat atau kesilapan akan dibetulkan atau laman web ini bebas dari sebarang kerosakan server dan ianya bebas dari sebarang virus atau apa-apa jua yang mungkin merosakkan atau memudaratkan.
4) Terma dan syarat-syarat ini boleh ditafsirkan sebagai liability kepada malaysurveys.com di atas kematian atau kecederaan kerana kecuaian malaysurveys.com atau pekerja dan ejennya.
PERLINDUNGAN
Anda bersetuju untuk menanggung kerugian (jika berlaku) bagi malaysurveys.com dan pekerjanya serta ejennya. malaysurveys.com berkecuali dari segala liabiliti, yuran undang-undang, kerosakan, kehilangan, kos dan lain-lain perbelanjaan yang berkaitan dalam segala tuntutan atau tindakan yang menentang malaysurveys.com oleh anda melalui Terma dan Syarat-syarat atau lain-lain liability yang timbul kesan daripada penggunaan anda terhadap laman web ini.
KEPUTUSAN
Jika salah satu Terma dan syarat ini ditentukan tidak sah, menyalahi undang-undang oleh mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa tertentu maka Terma dan Syarat yang lain masih diguna pakai dan dikuat kuasakan.
TUNTUTAN HAK
Jika anda melanggar Syarat-syarat Penggunaan ini dan tidak mengambil apa-apa tindakan, kami masih berhak untuk menggunakan hak dan remedi dalam mana-mana keadaan lain yang mana anda telah melanggar Syarat-syarat Penggunaan.
UNDANG-UNDANG YANG DITADBIR
Terma dan Syarat-syarat ini dikendalikan dan ditafsirkan mengikut undang-undang United Kingdom dan anda dengan ini menyerahkan kepada bidang kuasa ekslusif Mahkamah United Kingdom.
MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI
Bagi sebarang maklumat, sila emailkan kepada tim Malay Surveys di info@malaysurveys.com
SurveySpy adalah nama dagangan bagi WebPro Digital Ltd yang berdaftar di England, nombor syarikat 09614595, adalat berdaftar 483 Green Lanes, London N13 4BS, UK